Lampu limpah rosak punca Sarawak FA main petang

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Razali Dolhan telah memaklumkan bahawa Sarawak FA hanya akan bermain pada sebelah petang buat seketika sahaja.

Beliau yang dipetik akhbar Utusan Sarawak mengakui bahawa masalah lampu limpah menjadi punca Sarawak FA terpaksa bermain pada sebelah petang musim ini.

Menurut Razali, keterangan lampu limpah yang tidak memnuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Liga Malaysia musim ini merupakan punca utama Sarawak FA akan bermain di sebelah petang, sambil beliau mengakui ada sebahagian daripada lampu di Stadium Negeri rosak.

Razali juga menambah bahawa jika kerosakan lampu limpah tersebut diatasi dengan segera oleh Perbadanan Stadium Negeri Sarawak, hadir kemungkinan Sarawak FA akan kembali bermain di Stadium Negeri pada waktu malam.

Sungguhpun demikian, Razali dipetik tidak dapat memberi tarikh khusus berkenaan bila lampu tersebut akan diperbaiki.

Respon Razali hadir selepas peminat bolasepak Sarawak FA mendapati bahawa Sarawak akan bermain pada sebelah petang pada musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top