Laluan sukar bagi anak buah Dollah Salleh di Piala AFF Suzuki

Pertandingan Piala AFF Suzuki 2014 bakal melihat anak buah Dollah Saleh berhadapan tugas getir apabila undian menyaksikan Malaysia ditempatkan di dalam Kumpulan B bersama Thailand dan musuh tradisi Singapura.

Thailand dilihat sebagai penghalang utama kepada skuad kendalian Dollah, namun kelebihan bermian di gelanggang sendiri yang dimiliki oleh skuad Singapura yang memiliki beberapa pemain yang dinaturalisasi tidak boleh dipandang enteng.

Pemenang peringkat saringan yang mana terdiri daripada Timor Leste, Brunei, Laos, Cambodia, dan Myanmar akan layak ke dalam kumpulan B secara automatik, manakala naib juara peringkat saringan tersebut akan bermain di dalam Kumpulan A.

Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014
Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014

Kumpulan A pula menyaksikan pasukan ranking FIFA tertinggi di Asia Tenggara, Filipina diletakkan bersama Indonesia dan Vietnam, dengan semua perlawanan peringkat kumpulan diadakan di Hanoi.

Piala AFF Suzuki 2014 akan bermula pada 22 November ini dengan Dollah disasarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top