Umum sudah tahu bahawa nama pasukan Sarawak United, atau pasukan-pasukan dibawah Persatuan BOlasepak Sarawak musim ini agak mengelirukan.
Akan tetapi, pihak Sarawak United II telah mengesahkan bahawa nama ‘Sarawak United II’ bukan nama rasmi bagi pasukan yang kini bermain di Liga M3.
Maklumat ini kami perolehi daripada komen yang ditinggalkan oleh laman rasmi pasukan tersebut ketika menjawab satu persolan oleh peminat.
Dalam komen yang dikeluarkan oleh Sarawak United II, pasukan tersebut mengakui masih menggunakan nama Sarawak FA diatas sebab-sebab tertentu dan nama Sarawak United II bukanlah nama rasmi
Pihak Sarawak United II walaubagimanapun berdoa agar pasukan mereka akan dapat menggunakan nama Sarawak United II.
Kekeliruan nama pasukan yang menggunakan nama Sarawak musim ini agak ketara apabila pihak Amateur Football League (AFL) menggunakan nama yang berbeza dengan nama yang dipromosikan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak.
Malahan, Presiden FAS juga pernah didakwa oleh akhbar termpatan sebagai memberi nama pasukan dengan menggunakan huruf, sebelum laman-laman rasmi mula menggunakan nombor.
Lebih banyak berkenaan kecelaruan nama ini telahpun kami simpulkan di dalam artikel ini.