Kurniawan mahu pemain Sabah ambil serius setiap perlawanan

Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniwan Dwi Yulianto, mahukan pemain beliau mengambil serius perlawanan – perlawanan yang dihadapi pasukannya dalam Liga Malaysia.

Beliau yang menjawab soalan wartawan selepas perlawanan Liga Super Sabah menentang Sri Pahang FC menyatakan bahawa Sabah kini perlu dan boleh menekan butang ‘panik’ kerana Liga Malaysia sudahpun bermula.

“Ini bukan lagi perlawanan persahabatan. Ini adalah ‘perang’ sebenarnya.” kata Kurniawan.

“Saya sudah memberitahu kepada pemain bahawa mereka tidak harus melakukan kesilapan, khususnya di bahagian belakang.

“Saya juga memberitahu pemain bahawa mereka kena menganggap setiap perlawanan sebagai aksi perlawanan akhir.” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Kurniawan menghormati pasukan Terengganu yang merupakan lawan kelab tersebut pada perlawanan akan datang.

Menurut jurulatih dari Indonesia itu, Terengganu mempunyai kumpulan pemain yang berkualiti tetapi beliau juga percaya dalam bola sepak, semua boleh terjadi.

“Terengganu FC adalah pasukan yang bagus, dan mereka telah menang tiga perlawanan awal.

“Dari segi kualiti pemain, dengan adanya Terengganu II, mereka dengan mudahnya boleh bertukar pemain tapi saya percaya pemain pasukan saya.

Dalam bola sepak semua boleh terjadi.” ujarnya lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top