Kurniawan gembira dengan keputusan MKN

Ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto, juga gembira dengan kebenaran kerajaan untuk semua pasukan melakukan latihan sambil melihat perkara itu penting agar perancangan Liga Malaysia dapat berjalan seperti dirancang pada musim ini.

Tambahnya, semua pasukan sudah tentu mempunyai perancangan masing-masing sejak bermula awal tahun ini dan pengumuman MKN itu diharap akan memberikan keselesaan kepada jurulatih dalam merangka sistem latihan yang bersesuaian.

“ Saya rasa bukan sahaja Sabah tetapi semua pasukan Liga Malaysia gembira apabila mendapat perkhabaran ini kerana memberikan satu permulaan positif kepada Liga Malaysia.

Beliau turut menyatakan bahawa kelab beliau sudah bersedia mengikuti segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan agar memastikan Liga Malaysia dapat diteruskan.

Kurniawan juga melahirkan keinginan mahu musim Liga Malaysia berlangsung seperti biasa dan berharap tiada penangguhan akan berlaku.

“ Apa jua SOP yang digariskan oleh MKN, kami sedia ikutinya kerana tidak mahu sebarang masalah membabitkan kesihatan pemain akan terjadi nanti demi memastikan liga kita mampu berjalan dengan lancar.

“ Selain itu, kami betul mahukan Liga Malaysia dapat bermula seperti biasa musim ini dengan semua perlawanan dapat dijalankan tanpa sebarang penangguhan, “ katanya lagi.

Kerajaan pada Selasa membenarkan program latihan berpusat dijalankan bagi pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL), bermula 15 Februari ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Teknikal PKP mendengar pembentangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan membuat penilaian risiko.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top