Kuching FA akan turun menentang Puchong Fuerza FC malam ini tanpa dua tongak utama.
Menurut laporan Utusan Borneo, Ramesh Lai dan Remenor Pit, kedua-dua pemain pertahanan Kuching tidak akan dapat diturunkan.
Ini adalah ekoran dua sebab berbeza.
Ramesh dilaporkan mengalami kecederaan, manakala Remenor akan menjalani penggantungan kerana sudah memungut tiga kad kuning di dalam Liga M3.
Ketiadaan dua tonggak itu sekaligus memaksa Ideris membuat rombakan kepada pasukannya, dan amengakui Kuching akan turun dengan formasi berbeza malam ini.
Akhbar tersebut memetik Ketua Jurulatih Kuching Ideris Untong sebagai berkata “Ramesh mengalami kecederaan di pergelangan kaki kanan dan tidak dapat beraksi pada pertemuan dengan Puchong Fuerza FC di laman sendiri. Kita juga kehilangan Remenor kerana digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.
“Justeru, saya terpaksa melakukan sedikit perubahan taktikal terhadap skuad Kuching FA berikutan ketiadaan kedua-dua pemain tonggak itu,”
Kuching akan menentang Puchong malam ini dengan perlawanan tersebut diadakan di Stadium Sarawak pada jam 8:15PM.