Kuching FA tempang tanpa pemain utama

Pasukan Liga M3, Kuching FA akan turun berhadapan Penjara FC hari ini tanpa tiga tonggak utama.

Mengikut laporan Utusan Borneo, Dzulazlan Ibrahim dan Sufizal Ismail kerana digantung, manakala Hairol Mokhtar mengalami kecederaan lutut.

Laporan sama turut menyebut bahawa ketua jurulatih Kuching FA Ideris Untong walaubagaimanapun tidak risau akan kehilangan ketiga-tiga pemain.

Beliau berpendapat pemain lain boleh mengisi kekosongan yang hadir akibat ketiadaan pemain-pemain tersebut biarpun mengakui ketiga-tiga pemain adalah tonggak utama pasukannya.

Ideris dalam pada juga yakin akan kebolehan pemain-pemainnya dan akan menurunkan pemain terbaik bagi berhadapan Penjara FC.

Beliau turut menegaskan kemenangan adalah perlu untuk Kuching untuk merampas kembali kedudukan Liga M3 yang kini dipegang Kelantan United.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top