Kuching FA terpaksa berpuas hati dengan satu mata malam ini selepas sekadar seri menentang DDM FC di Stadium Sarawak.

Biarpun mengusai keseluruhan perlawanan, pasukan bimbingan Ideris Untong itu gagal mencari gol yang diperlukan untuk mengutip mata penuh.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Keputusan seri ini menyaksikan Kuching tidak berupaya memintas Kelantan United yang kini di persada liga dengan kelebihan empat mata.

Sungguhpun demikian, Kuching masih memiliki satu perlawanan kurang dan masih dapat memintas Kelantan sekiranya meneruskan rentak kemenangan pada perlawanan akan datang.

Kuching walaubagaimanapun merupakan satu-satunya pasukan Liga M3 yang belum tewas di dalam liga setakat ini.