Kelab bolasepak Kuching FA akan turun menentang UKM FC malam ini di Stadium Sarawak.
Perlawanan ini dianggap bersejarah bagi pesukan tersebut kerana ianya merupakan aksi pertama pasukan tersebut di dalam liga profesional, yakni Liga Premier.
Kuching yang dianggap sebagai ‘kuda hitam’ di dalam Liga Premier tidak mahu mengalah awal ekoran hakikat bahawa pasukan yang membintangi Liga Premier kebanyakkannya hebat.
Sebaliknya, mereka telah berikrar akan bermain sehabis baik bagi memastikan nama Kuching, dan Sarawak secara amnya terus gah di dalam arena bola sepak Malaysia.
Bagi pemain berpengalaman Kuching FA, Joseph Kalang Tie, aksi pertama Kuching FA malam ini adalah penting.
Beliau dipetik berkata “Ia adalah hari yang aat penting bagi kami untuk menentukan hala tuju pasukan. Oleh it, para pemain harus memberikan aksi terbaik” kepada akhbar SUara Sarawak dalam artikel bertarikh 29 Feb 2020.
Joseph juga mahu rakan-rakan seperjuangan beliau memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri sambil berharap sebarang kesilapan yang mungkin ada boleh dikurangkan.
Kuching akan bertemu UKM FC malam ini pada jam 8:15PM di Stadium Sarawak.
Untuk maklumat tiket, anda boleh ke sini.