Kuching FA yakin mampu kalahkan Temerloh malam ini

Kuching akan bertemu Temerloh malam ini di Stadium Negeri Sarawak di dalam satu misi untuk mencari bekalan selesa sebelum bberkunjung ke Temerloh bagi permainan timbal balik Separuh Akhir Liga Bolasepak Rakyat LBR) Kebangsaan pada 15 Mei kelak.

Temerloh yang belum pernah kalah di dalam mana-mana perlawanan LBR Kebangsaan sebelum ini bukanlah lawan mudah, namun jurulatih Kuching Sharizan Sahari yakin pasukannya boleh memenangi perlawanan tersebut.

Menurut Sharizan, beliau menghormati reputasi Temerloh namun Kuching juga bukanlah calang-calang lawan kerana hampir menyamai rekod tanpa kalah sehingga tewas kepada Kota Belud pada saingan kumpulan.

Kemenangan selesa untuk Kuching malam ini akan memudahkan Kuching melayakkan diri ke pertandingan akhir LBR Kebangsaan, yang mana mereka akan bertemu samada pasukan Batang Padang PKNP atau Padang Besar.

Perlawanan dijangka bermula pada jam 8:15PM.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top