Kuching FA akan bermain di Liga Premier 2020 selepas menundukkan Sarawak FA di Stadium Sarawak malam ini tadi.
Perlawanan bersejaah itu menyaksikan Kuching FA mengawal perlawanan sebaik wisel permulaan dengan Kuching menjaringkan gol seawal minit ke-9 melalui tandukan Sahran Abdul Samad.
Sarawak FA membalas melalui jaringan Hudson Dias sebaik bermula babak kedua, namun pemain import Kuching FA, Hafis Saperi meletakkan Kuching sekali lagi di hadapan pada minit ke-77.
Dengan perlawanan semakin panas, beberapa insiden kekasaran dan pergaduhan kecil tercetus namun segalanya dikawal dengan baik oleh pengadil perlawanan.
Pada minit ke-84, Joseph Kalang Tie mengesahkan segala harapan Sarawak FA untuk kekal di Liga Premier lebur apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan, sekaligus memastikan Kuching FA layak secara merit ke Liga Premier 2020.
FT Kuching FA 1-3 Sarawak FA