Kuching FA anjur pertandingan melukis logo bagi menjenama semula pasukan

Pasukan Kuching FA telah mengumumkan mereka akan menukar logo pasukan mereka setelah berjaya memisahkan diri daripada pengurusan Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (PBBK).

Ini akan dilakukan oleh pasukan tersebut dengan menganjurkan pertandingan melukis logo pasukan tersebut.

Dalam satu kenyataan ringkas di media sosial, pasukan bertapak di Kuching itu mahu peminat mencadangkan nama baharu kelab Kuching FA.

Kenyataan sama turt menyatakan bahawa Kuching FA juga mahu menukar logo pasukan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, kedua – dua perkara ini adalah langkah di dalam menjenamakan semula Kuching FA sebagai sebuah kelab bola sepak profesional bagi membolehkan ianya menyertai Liga Malaysia pada tahun 2021.

Hadiah utama adalah hadiah wang tunai RM1,000, beserta dua jersi dan dua kali pass bermusim.  Kami mengangarkan ianya akan bernilai sekitar RM2,000.

Sungguhpun demikian, langkah Kuching FA meminta peminat mencadangkan logo dan nama baharu menunjukkan penghargaan pasukan tersebut terhadap peminat mereka kerana mereka sedikit sebanyak menunjukkan bahawa pasukan tersebut bukan hanya dimiliki oleh segolongan pihak sahaja, tetapi oleh rakyat dan peminat.

Jika anda berminat menyertai pertandingan itu, anda boleh mendapatkan borang penyertaan di pautan dibawah, dengan tarikh tutup penyertaan diletakkan pada 24 Julai 2020.

MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top