Kelab bola sepak Kuching City hari ini mengumumkan secara rasminya Abu Kamara sebagai pemain import terbaharunya.
Penyerang kebangsaan Liberia itu berusia 25 tahun dan beliau berketinggian 1.82cm.
Wikipedia menyatakan bahawa Abu telah mewakili Liberia sebanyak dua kali, dan beliau telah pernah mendahului carta Liga Laos dengan 16 gol pada tahun 2016 ketika bermain dengan CSC Champa.
Menurut TransferMarket.com, Abu bernilai EURO 75,000 (sekitar RM350,000), dan beliau pernah bermain di beberapa negara seperti Laos, Kosovo, Slovenia dan North Macedonia.
Jumlah jaringan sebenar beliau tidak dapat dipastikan, namun sumber memaklumkan bahawa Abu merupakan penyerang yang prolifik dan berkeupayaan.
Dalam pada masa sama, sesi menandatangani kontrak Abu bersama Kuching City telah diadakan di ibu pejabat Kuching City.




