Kuching City tetap main di Stadium Negeri

Kelab bola sepak Kuching City akan tetap meneruskan aksi Liga Premier mereka di Stadium Negeri apabila Liga Premier bersambung kelak.

Sungguhpun demikian, buat masa ini, semua perlawanan tersebut akan diteruskan tanpa kehadiran penonton.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan, yang mana memberitahu satu akhbar tempatan bahawa keputusan tersebut kekal dan tiada perubahan sehingga kini.

“Tiada kemasukan penonton dibenarkan ke Stadium Negeri, Petra Jaya untuk kesemua perlawanan yang akan kami lalui kelak,” kata Iswandi kepada sebuah akhbar tempatan.

Kuching City dijangka akan memainkan semua perlawanan Liga Premiernya di tempat sendiri apabila liga bersambung kelak.

Pada pusingan pertama, kelab yang bertapak di Kuching itu telah memain semua perlawanan pusingan pertama di tempat lawan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top