Kelab bola sepak Kuching City akan menawarkan khidmat Pay Per View (Bayaran Mengikut Tontonan) untuk aksi sulung mereka bagi Liga Premier 2021 kelak.
Perlawanan yang akan disiarkan secara langsung itu bakal menemukan Kuching City menentang Terengganu II di tempat lawan.
Menurut laman Kuching City, kebenaran untuk membuat PPV tersebut telahpun di berikan, dengan siaran perlawanan bakal disiarkan secara langsung di kumpulan terhad di Facebook.
Bagi yang berminat menyaksikan perlawanan terebut, anda hanya perlu membayar RM10 untuk mendapat pas khas ke kumpulan terhad Facebook tersebut, dan sekaligus membenarkan anda menyaksikan aksi Kuching City secara langsung.
Bayaran boleh dibuat ke akaun bank di bawah:
- Nombor Akaun : 3812 – 2915 – 01
- Nama Bank : PUBLIC BANK
- Nama Akaun : CALAQISHA ENTERPRISE.
Setelah anda membuat bayaran, anda dikehendaki memaklumkan wakil yang menguruskan urusan PPV ini dengan menyertakan bukti transasi pindahan bank atau slip bank, dan maklumat dibawah. berkenaan pembayaran anda melalui WhatsApp kepadsa numbor – nombor berikut:
- Nama Penuh :
- No Telefon :
- Nama Facebook :
- Jenis Bank/Masa/Tarikh bank in :
Nombor whatsapp untuk berhubung dengan wakil yang menguruskan PPV adalah seperti di bawah.
Tarikh akhir membuat tempahan slot serta bayaran adalah selewat-lewatnya sebelum 9h Mac 2021, 1159 malam.