Kuching City dikhabarkan akan terus menggunakan jenama tempatan, Starsport.
Jenama yang sebelum ini menjadi pilihan Sarawak FA dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), dimiliki oleh LEA Group.
Adalah dikhabarkan Kuching City sekali lagi mempunyai rekaan jersi khas yang khusus untuk kelab tersebut pada musim ini.
Menurut sumber kami, Kuching City akan terus mengekalkan warna hijau sebagai jersi StarSport utama mereka.
Jersi 2021 Kuching CIty itu akan menyaksikan penggunaan logo baharu kelab tersebut buat pertama kalinya di atas jersi musim baharu.
Sumber kami juga menyatakan bahawa jersi Kuching juga akan terus berbentuk minimalis, dengan warna putih juga akan turut digunakan pada kedua – dua jersi.
Maklumat lain berkenaan jersi tersebut tidak dimaklumkan buat masa ini.
Sungguhpun demikian, menurut sumber kami, rekaan jersi tersebut dikhabarkan sudahpun siap, dan ianya kini hanya menunggu masa untuk diperkenalkan.
Adalah dijangkakan bahawa pihak Kuching City akan melancarkan jersi mereka selepas perayaan Tahun Baru Cina kelak.