Kelab bola sepak Kuching City tidak menghadapi banyak masalah untuk menewaskan pasukan – pasukan jemputan yang menentang mereka pada siri jelajah pasukan tersebut.
Setakat ini, kelab tersebut telahpun singgah di Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Betong, dan mereka telah berjaya menewaskan pasukan – pasukan lawan biarpun tidak menurunkan pemain kesebelasan utama.
Dalam perlawanan pertama menentang Sri Aman FA, Kuching City menang 2-0 apabila singgah di Sri Aman.
Kelab profesional itu kemudiannya ke Sarikei di mana mereka membelasah pasukan Seberkas Meradong 8 – 0 dalam aksi yang hanya dimainkan untuk 40 minit.
Aksi ‘set kedua’ di Sarikei juga menyaksikan pasukan tuan rumah, Projek STR, ditewaskan 3 – 1 oleh Kuching dalam aksi 25 minit.
Kuching dijangka akan meneruskan aksi persahabatan mereka di Sibu hari ini apabila mereka menentang Sibu District FC pada jam 4PM kelak, sebelum mereka meneruskan lagi jelajah ke Mukah pada 15 Disember, Bintulu 18 Disember, dan Miri pada 21 Disember.
Jelajah Kuching City ke bahagian – bahagian utama Sarawak (kecuali Lawas) diadakan oleh kelab tersebut bagi memperkuatkan lagi jenama kelab bola sepak tersebut di Sarawak, di samping digunakan sebagai satu cara untuk mencari bakat – bakat baharu untuk diserap ke pasukan Kuching City.