Kuching City mahu lahirkan pemain bola sepak berkualiti yang boleh dipasarkan

Kelab bola sepak Kuching City memasang cita – cita untuk melahirkan pemain bola sepak yang berkualiti dan boleh dipasarkan ke pasukan – pasukan selain di Sarawak.

Pengerusi kelab tersebut, Fazzrudin Abdul Rahman berkata demikian apabila mengulas kerjasama Kuching City dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) yang mana akan menyaksikan kedua – duanya bergabung bagi menghantar pasukan bawah-19 tahun ke Liga Malaysia B19 tahun.

“Kuching City diwajibkan menghantar pasukan Bawah-19 tahun, dan kita sedang berbincang dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) kerana kita sedia maklum SSC mempunyai pusat sukan cemerlang, pusat pembangunan, dan mempunyai ramai pemain bawah 19 tahun tetapi kurang pendedahan di peringkat tertinggi.” kata Fazzruddin dalam sidang media Kuching City hari ini.

“Jadi dengan kerjasama ini, kita boleh memilih daripada kelompok yang besar untuk diserap ke dalam pasukan Kuching City SSC bagi menyertai Liga Malaysia B19 tahun” katanya lagi.

Fazzrudin juga menyatakan bahawa Kuching City sedang berusaha menyediakan satu ekosistem untuk pemain muda supaya mereka dapat ditonjolkan di peringkat lebih tinggi dimana Kuching City berharap pemain itu nanti boleh memikat pasukan – pasukan lain samada di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia.

“Sekurang – kurangnya pemain ini ada halatuju dan ada sesuatu yang ingin dilihat pada masa hadapn sekiranya mereka menonjol dalam latihan dan prstasi mereka.

“Jadi ini memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk bermain dalam Kuching City FC dan bermain di peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah ekosistem yang kita cuba sediakan untuk pemain muda supaya mereka dapat ditonjolkan ke peringkat lebih tinggi dan membuka ruang kepada mereka untuk menaik taraf diri meeka agar menjadi pemain yang mudah dipasarkan bukan sahaja di Sarawak, tetapi untuk pasukan pasukan besar yang lain, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar Malaysia. Itulah harapan kami kepada pemain muda kita.” kata Fazzrudin lagi.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top