Home English Football Dua pemain ternama berhijrah dari Liga Perdana Inggeris

Dua pemain ternama berhijrah dari Liga Perdana Inggeris

Dua pemain ternama Liga Perdana Inggeris telah mengambil keputusan untuk berhijrah dari liga tersebut pada musim akan datang.

Menurut perkongsian Arsenal FC di laman rasminya, pemain berusia 30 tahun, Granit Xhaka akan berpindah ke kelab Jerman, Bayer Leverkusen.

Beliau yang menyertai Arsenal pada 2016 dari Borussia Monchengladbach, telah bermain sebanyak 297 kali dalam untuk Arsenal dan menjaringkan 23 gol.

Pengurus kelab tersebut, Mikel Arteta juga dipetik berkata bahawa Xhaka merupakan pemain yang sangat unggul dan membawa kesan mendalam kepada pemain dan pegawai di kelab yang dibimbingnya.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi pemain ternama yang akan berhijrah keluar dari Liga Perdana Inggeris adalah Cesar Azpilicueta, yang menamatkan karier 11 tahun beliau di Stamford Bridge untuk ke kelab Sepanyol, Atletico Madrid.

Pemain pertahanan ternama itu juga merupakan ketua pasukan Chelsea dan video perpisahan beliau telah dikongsikan kepada peminat kelab tersebut di laman rasmi Chelsea.

Pemergian kedua-dua pemain itu sememangnya akan memberi impak kepada kedua-dua pasukan yang kini dalam usaha membina semula pasukan untuk musim akan datang.

RECOMENDED LINKS: