Kuching City lakar kemenangan pertama

Kelab bola sepak Kuching City telah berjaya melakar kemenangan pertama malam kelmarin selepas berjaya menewaskan PDRM FC.

Dalam perlawanan tersebut, Kuching City tidak perlu menunggu lama untuk untuk membuka tirai jarigan selepas penjaga gol PDRM FC, Muhd Asri Muhamad melakukan satu kesilapan apabila melakukan lontaran bola.

Kesilapan tersebut menyaksikan bola hantaran Asri jatuh betul – betul di depan Shreen Tambi, yang tidak melepaskan peluang untuk merembat masuk gol pertama perlawanan pada minit ke-3 perlawanan.

Kuching City yang menunjukkan hantaran tepat dan menarik meneruskan asakan ke gawang pasukan tuan rumah, dan hasilnya berjaya menambah jaringan pada minit ke-47 melalui penyerang import, Hudson Dias.

Hudson yang tidak dikawal rapi menanduk masuk sepakan penjuru Mohamad Alif Hassan, untuk menewaskan penjaga gol PDRM, Asri, sekali lagi.

PDRM bangkit ketinggalan dua gol dan kelihatan lebih bertenaga dalam perlawanan selepas itu.

Hasilnya pada minit ke 76, Lazarus Kaimbi menunaikan tanggungjawap beliau melalui sepakan penalti dengan mudah untuk menewaskan Iqbal Suhaimi.

Kedudukan 2 – 1 memihak kepada Kuching City kekal sehingga tamat perlawanan, sekaligus memberikan Kuching City tiga mata berharga, dan kemenangan pertama pasukan The Cats untuk musim ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top