Kuching City kurang ‘match fitness’

Penolong Ketua Jurulatih Kuching City, Sulaiman Hussin menyataan bahawa pemain beliau kurang kecergasan perlawanan dalam perlawanan pertama menentang Terengganu II malam tadi.

Dalam perlawanan menentang pasukan simpanan Terengganu FC itu, Kuching City berakshi baik pada babak pertama, tetapi mula longlai pada babak kedua.

Menurut Sulaiman, kekurangan kecergasan perlawanan pemainnya adalah disebabkan kekurangan perlawanan kompetitif oleh pasukan yang beliau bimbing.

Oleh itu, beliau tetap bangga dengan persembahan pemain dan keputusan seri kelmarin.

“Pada saya, saya bangga dengan dengan pemain – pemain kami kerana ini perlawanan kompetetif pertama kami.” kata Sulaiman selepas perlawanan.

“Sebab kami berlatih di Sarawak, jadi kami tidak dapat perlawanan – perlawanan kompetetitif seperti pasukan – pasukan di Semenanjung.  Kami bermain menentang pasukan Piala Presiden.

“Jadi kami agak risau pemain tidak dapat ‘settle’ lagi.”ujar Sulaiman.

Sulaiman dalam pada itu juga mengakui bahawa pasukan Kuching City tidak menunjukkan prestasi terbaik, tetapi hadir peningkatan dalam persembahan permainanan yang ditunjukkan.

“Pemain menunjukkan satu prestasi yang pada saya, walaupun tidaklah selengkapnya, tetapi ada peningkatan apabila kita datang ke sini dan saya percaya menentang Terenggunu bukanlah sesuatu yang mudah.

“Pasukan – pasukan lain mempunyai banyak perlawanan latihan berbanding kami. Ada jemputan itu dan ini.

“Untuk perlawanan pertama, dengan kurangnya kecergasan perlawanan jelas bahawa satu mata memadai.” jelasnya lagi.

Sulaiman juga menyatakan bahawa Ketua Jurulatih Kuching City, Irfan Bakti agak gembira dengan keputusan seri tersebut.

“Coach Irfan agak gembira dengan keputusan ini.  Satu mata dari tempat lawan adalah bagus untuk Kuching.”katanya lagi.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top