Kuching City kehilangan JKT, enggan pandang mudah pasukan simpanan Selangor

Ketua pasukan Kuching City, Joseph Kalang Tie, sah akan terlepas perlawanan menentang Selangor 2 kelak.

Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti memaklumkan kepada pemberita selepas perlawanan bahawa Joseph mengalami kecederaan yang memerlukan sedikit jahitan, dan oleh itu tidak akan mampu diturunkan dalam aksi menentang Selangor II.

Irfan turut mengakui bahawa pasukannya kini mempunyai empat pemain utama yang cedera, dan pasukabn beliau tidak mempunyai ‘depth’ yang diperlukan.

Mengulas perkara tersebut, Irfan menerangkan bahawa pemain simpanan pasukannya tidak setanding pemain pasukan utama.

“Dari segi depth pemain saya memang kurang, dimana pemain simpanan saya tidak setaraf pemain utama.” jelas Irfan selepas perlawanan menentang JDT II.

Irfan dalam pada itu enggan memandang mudah pasukan Selangor II biarpun pasukan tersebut merupakan pasukan simpanan Selangor FC.

Menurut Irfan, pemain di dalam Selangor II adalah pemain muda terbaik Selangor, dan mereka perlu diberi perhatian.

Kuching City dijangka akan menentang Selangor II di tempat sendiri pada Sabtu ini di Stadium Pasir gudang, Johor.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top