Kuching City gayakan jersi latihan berwarna ungu

Kelab Liga Premier, Kuching City FC hari ini menggayakan jersi berwarna ungu dalam satu siri cerita di media sosialnya.

Jersi ungu tersebut adalah jenama StarSport, sekaligus mengesahkan bahawa kelab muda itu akan terus mengenakan jersi jenama sama pada musim ini.

Jersi penjaga gol pula berwarna hijau.

Seperti kebanyakan jersi latihan, jersi latihan kelab Kuching City tidak mempunyai banyak lambang, namun penaja Yakult dilihat menjadi penaja utama untuk jersi latihan kali ini.

Di dada kiri jersi tersebut, kelihatan logo baharu Kuching City dalam bentuk kuning keemasan, sekaligus mengesahkan lagi khabar bahawa jersi musim ini akan mengunakan logo baharu kelab tersebut.

Pada dada kiri, jenama Starsport, seta penaja kelab tersebut, Khaimal Borneo dan LSC jelas kelihatan, manakala penaja pada lengan jersi kami tidak dapat pastikan.

Jika anda tidak berkesempatan melihat jersi Kuching City, dibawah ini kami kongsikan gambar – gambar yang menunjukkan pemain Kuching City mengenakan jersi menarik tersebut.

Yuta dan Shahran dengan jersi latihan baharu KCFC. Sumber gambar: KCFC
Hafiezul dengan jersi latihan baharu penjaga gol KCFC. Sumber gambar: KCFC
Dzulazlan dengan jersi latihan baharu KCFC. Sumber gambar: KCFC
Baggio dengan jersi latihan baharu KCFC. Sumber: KCFC
error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top