Peminat pasukan Kuching City FC berpeluang menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi esok apabila perlawanan pasukan tersebut akan ditayangkan secara langsung secara stream.
Menurut Kuching City, perlawanan tersebut akan distream secara langsung oleh aplikasi MyCujoo, yang mana sudah sering digunakan untuk menayangkan perlawanan Liga Premier sebelum ini.
Kuching City, yang kini masih menggunakan nama dan logo Kuching FA, akan melayan kunjungan Selangor 2 di Stadium Negeri Kuching.
Perlawanan yang diadakan tanpa kehadiran penyokong itu, dijadualkan bermula pada jam 8.15PM.
Bagi peminat yang mahu menyaksikan perlawanan itu secara langsung, anda boleh memuat turun aplikasi MyCujoo di App Store (iPhone) dan Play Store (Android) secara percuma.
Untuk rekod, semua perlawanan tempat sendiri Kuching FA bagi baki musim Liga Malaysia ini akan dilangsungkan secara rasmi di Stadium Negeri.