Kuching City dan Sarawak United dibenarkan buat streaming sendiri

Dua kelab bola sepak yang mempunyai pusat di Sarawak, Kuching City dan Sarawak United akan boleh melakukan siaran langsung secara live streaming pada pusingan kedua Liga Premier kelak.

Ini adalah ekoran keputusan Malaysia Football League (MFL) yang telah memberi kebenaran kepada semua pasukan liga berkenaan untuk melakukan khidmat tersebut bagi bagi liga.

CEO MFL, Dato’ Ab Ghani menjelaskan bahawa kesemua pasukan telah dibenarkan untuk membuat siaran langsung di laman media sosial atau platfom striming untuk baki perlawanan musim ini.

Dato Ghani menjelaskan bahawa beliau berharap dengan keputusan itu, kelab – kelab mampu menjana pendapatan sendiri.

“Pihak MFL berharap ini membolehkan lebih peminat menyaksikan perlawanan dan juga dapat membantu kelab-kelab Liga Premier memberi pulangan komersial kepada penaja masing-masing,” katanya Dato’Ab Ghani dalam satu mesyuarat atas talian baru-baru ini bersama wakil kelab-kelab Liga Premier.

Dalam perkembangan sama, Dato’Ab. Ghani berharap wabak Covid-19 akan berjaya dibendung dalam masa terdekat bagi membolehkan penonton hadir ke stadium semula.

“Kita berharap penularan wabak COVID-19 dapat dikawal dengan baik serta lebih ramai rakyat Malaysia mendapat suntikan vaksin agar penonton kembali mendapat kebenaran untuk hadir ke stadium dalam masa terdekat ini.” jelas Dato’ Ab Ghani.

“Kita melihat kejohanan di luar negara sudah membenarkan penonton hadir ke stadium dan saya percaya penonton di negara ini turut tidak sabar untuk berada di stadium menyaksikan perlawanan Liga Malaysia.

“MFL amat terharu dengan sambutan yang telah diberikan oleh peminat-peminat bola sepak tanah air. Teruskan menyokong bola sepak kita, Liga Malaysia liga kita.

“Tidak lupa penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memberikan kelulusan manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan kerjasama sangat baik kepada MFL untuk meneruskan Liga Malaysia dalam tempoh mencabar ini,” kata Dato’ Ab Ghani.

BELI JERSI SARAWAK UNITED

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top