Bekas fisioterapi pasukan Sarawak United, Khairul Nizam Suhaimi, sah menyertai kelab Kuching City sebagai salah satu staff kelab tersebut.
Selain Sarawak United, Khairul juga pernah berkhidmat bersama Sarawak FA sebelum kelab tersebut dibubarkan.
Kuching City telah membuat pengumuman rasmi berkenaan pengambilan fisioterapi berpengalaman tersebut baru – baru ini dengan sesi menandatangani kontrak diadakan di pejabat Kuching City.
Khairul merupakan fisioterapi yang berpengalaman di dalam kecederaan dan pemulihan kecederaan berkaitan bola sepak, dan beliau mempunyai pengalaman luas menjadi ahli fisioterapi di Liga Malaysia.
Kemasukan beliau ke Kuching City dalam pada itu dijangka akan mengurangkan lagi kadar kecederaan yang berlaku di kelab tersebut untuk musim 2022.