Halatuju pemain Kuching City FC belum lagi diputuskan oleh pihak pengurusan pasukan tersebut buat masa ini.
Menurut laporan Suara Sarawak. Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) Fazzruddin Abdul Rahman telah menjelaskan bahawa perbincangan berkenaan status pemain di dalam pasukan tersebut akan dibuat dalam satu mesyuarat dalam masa terdekat.
Laporan akhbar tersebut juga menyebut bahawa pihak KDFA akan melihat beberapa aspek semasa membuat penilaian, dan prestasi pemain sepanjang musim juga akan diambil kira.
“Kami akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.” kata Fazruddin kepada SUara Sarawak.
“Bebebrapa aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Ia mengambil kira prestasi pemain sepanjang musim, tanggungjawab terhadap tugasan hakiki dan beberapa perkara lain” kata Fazzruddin lagi.
Fazzruddin dalam pada itu juga mengakui bahawa kontrak pemain Kuching bakal berakhir hujung bulan ini dan pihaknya akan mempercepatkan proses penilaian pemain.
Dalam pada itu, Fazruddin berkata pihak pengurusan akan merancang pembentukan pasukan baharu sebelum kontrak pemain berakhir.
“Pihak pengurusan merancang untuk membentuk skuad musim baharu penghujung bulan ini. Namun ia bergantung kepada situasi semasa Covid-19” jelas Fazzruddin lagi.
Adalah difahamkan bahawa panel penilai pemain Kuching terdiri daripada barisan kejurulatihan pasukan tersebut.
Kuching mencipta sejarah apabila menamatkan musim 2020 dengan menduduki tangga ke-empat, dan melayakkan diri ke Piala Malaysia.