KL SPA bakal tarik diri dari Liga Perdana

KL SPA Putrajaya dikhabarkan bakal menarik diri dari Liga Perdana 2015 kerana dikatakan menghadapi masalah kewangan. Masalah tersebut dikatakan berpunca daripada kesukaran pasukan bergelar Wild Cats itu membiayai kos baki perlawanan yang mereka perlu tempuhi.

Menurut Sinar Harian, pasukan tersebut masih lagi berusaha untuk mencari penaja buat masa ini agar mereka boleh menghabiskan musim 2015.

Harian Metro pula melaporkan bahawa pihak pengurusan KL SPA sudahpun membenarkan pemain mereka untuk mencari pasukan lain dalam pintu perpindahan April ini kerana status kewangan pasukan tersebut semakin merundum.

Jika tiada keputusan positif dari segi penajaan dicapai, perlawanan menentang Kuantan FA di Stadium Darul Makmur semalam merupakan aksi terakhir The Wild Cats dalam saingan Liga Perdana 2015.

KL SPA memiliki beberapa pemain yang berasal dari Sarawak seperti Mahathir Mohammad, dan ianya juga merupakan pasukan yang kini diwakili bekas pemain import Sarawak, Guy Bwele.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top