Sempena sambutan Hari Wilayah 2023, pasukan kedua terbaik Asia dalam Piala AFC tahun lalu iaitu Kuala Lumpur City FC akan menganjurkan Piala Menteri Wilayah Persekutuan (PMWP) buat kali ketiga berturut-turut.
Perlawanan akan diadakan pada hari Sabtu ini, 4hb Februari 2023, di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak, Cheras.
Pertandingan itu pertama kali diadakan pada 2021 apabila KL City dinobatkan sebagai pemenang sulung.
Dalam perlawanan itu, KL City mengetepikan jiran Selangor FC menerusi penentuan sepakan penalti berikutan keputusan seri tanpa jaringan.
Pada tahun berikutnya, dimenangi Negeri Sembilan dan kini pertandingan tersebut kembali bagi mencari pemenang baharu bagi edisi 2023.
Untuk edisi tahun ini, KL City akan menjadi tuan rumah kepada pasukan Perak FC yang kini diketuai oleh Lim Teong Kim.
Kuala Lumpur City dijangka akan menurunkan barisan pemain baharu mereka seperti Herlison Caion, Tchetche Kipre, Patrick Reichelt, Sebastian Avanzini, Matko Zirdum, Nazirul Naim, dan Sean Giannelli untuk memastikan Piala Menteri Wilayah Persekutuan kekal di Kuala Lumpur.
Bagi memeriahkan lagi perlawanan tersebut, persembahan artis Dasha Logan, kumpulan akrobatik Tarian Singa Persatuan Sukan Hong Teck Selayang Hong Teck, pameran kenderaan empat roda eksotik oleh Supercargang, penjualan HNDRD yang terkenal Insta Baju t-shirt City Boys akan turut dilangsungkan.
- BELI: Jersi KL City 2023
- BELI: Jersi Perak FC 2023
- BACA: Berita pasukan Liga Malaysia 2023
Beberapa pengendali makanan dan minuman juga akan turut melakukan jualan pada perlawanan tersebut yang akan turut menyaksikan penglibatan rakan kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) baharu KL City, yakni MAAedicare Charitable Foundation.
MAAedicare Charitable Foundation akan menyediakan 500 baucar pemeriksaan kesihatan percuma kepada 500 peminat pertama yang membeli tiket ke perlawanan bagi piala ini kelak.
Selain daripada itu, semua penonton perlawanan boleh memilih untuk menerima pek SIM percuma oleh ONEXOX bernilai RM10 termasuk kredit RM5 dan data 18GB.
Tiket untuk perlawanan akan dijual secara fizikal di kaunter Tiket B Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, pada Sabtu ini dari jam 10 pagi dengan harga RM1.
Bagi peminat yang tidak dapat hadir, Astro akan menyiarkan perlawanan ini secara langsung menerusi rangkaian Astro Arena mereka di saluran 801 mulai jam 9.00 malam.