Pasukan Kelantan United dilihat bernasib baik apabila berjaya membawa mata penuh apabila bertemu Kuching City Sabtu lalu.
Akira Higashiyama yang ditemui selepas perlawanan berkata beliau mengenali kebanyakan pemain Kuching City dan tahu pasukan tersebut bukan calang – calang dan selalu memberikan yang terbaik.
Dalam pada itu, Akira merasakan bahawa kejayaan menewaskan pasukan Kuching City merupakan satu nasib.
“Kuching City menunjukkan satu persembahan hebat dan bersistematik”jelas Akira selepas perlawanan Sabtu lalu.
“Seperti saya beritahu, saya tahu pemain mereka dan kami bernasib baik untuk menang perlawanan ini”, jelasnya lagi.” ujarnya lagi.
Kemenangan Kelantan United menyaksikan pasukan tersebut kini berada di tangga ke-3 dalam senarai Liga Premier.