Kim Swee bawa keyakinan kepada pemain Sabah

Kehadiran Ketua Jurulatih baharu Sabah, Ong Kim Swee, melahirkan keyakinan di kalangan pemain pasukan Sang Badak.

Menurut seorang daripada pemain pasukan tersebut Nazirul Naim Che Hashim, kehadiran Kim Swee ke pasukan tersebut sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada dirinya.

Beliau mengakui gembira dengan kehadiran Kim Swee kerana mereka pernah bergandingan bersama di skuad Harimau Muda selain pasukan Bawah 23 tahun.

Dalam masa sama, dia juga menjelaskan yang dirinya kini diberi peranan baharu dalam pasukan dengan bertindak selaku pemain sayap kiri bertahan selepas Kim Swee menukar taktikal formasi kepada 3-4-3.

“ Memang saya sangat selesa dengan Kim Swee kerana pernah ada pengalaman dengannya sebelum ini dan dia seorang yang pandai dalam menilai pemain.

“ Memang sangat positif dengan kehadiran beliau, sebab sudah lama saya tidak bekerja dengannya kerana dia sememangnya tahu kemampuan saya.” kata Nazirul.

Nazirul dalam pada itu merasakan ini juga merupakan peluang terbaik untuk pemain lain menyinar.

“ Saya rasa ini peluang terbaik buat setiap pemain lain kerana Kim Swee sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan dalam tiap pasukan yang dibimbingnya.

“ Sebagai pemain, saya akan sentiasa mengikuti segala arahan yang ditetapkan jurulatih walaupun sememangnya satu cabaran baharu buat saya kerana diberi peranan baharu selaku pemain sayap bertahan.

“Bukan senang juga sebenarnya kerana saya masih memerlukan masa untuk memahami taktikal diterapkan Kim Swee kerana sebelum ini saya banyak bertindak selaku pertahanan kiri, ” katanya. – MFL

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top