Khabar terbaru yang kami terima datangnya dari kem bola sepak sebuah pasukan bertaraf negeri.
Menurut maklumat yang diberikan kepada kami, terdapat satu gerakan untuk menyingkirkan presiden persatuan tersebut.
Menurut apa yang dikhabarkan kepada kami, gerakan ini sedang bergerak secara senyap di kalangan ahli exco untuk membolehkan mereka mempunyai cukup undi bagi menyingkirkan presiden persatuan bola sepak yang semakin tidak popular ini.
Sungguhpun demikian, maklumat yang kami perolehi secara lisan ini juga mendakwa bahawa ada kekangan terhadap keinginan gerakan ini kerana presiden persatuan bola sepak ini mempunyai beberapa ahli exco yang setia kepadanya.
Adalah juga didakwa bahawa presiden persatuan bola sepak ini sedang giat membawa masuk ahli exco khas dan baharu ke persatuan beliau bagi mengukuhkan kedudukan beliau sebagai presiden persatuan tersebut.
Buat masa ini kami tidak dapat mendedahkan persatuan yang terlibat, namun ianya sudah memadai anda mengetahui bahawa khabar ini semakin kencang dibincangkan di kalangan ahli-ahli gabungan yang terlibat.
Persoalannya kini adalah adakah gerakan ini akan mencapai kejayaan, atau adakah kumpulan presiden ini akan berjaya mengekalkan kedudukan beliau.
Sama-sama kita nantikan.