Khabar angin di media sosial yang mengatakan Robert Alberts bakal direhatkan adalah tidak benar. Perkara ini disahkan sendiri oleh Robert ketika beliau ditemuramah secara esklusif oleh Mr Kopi dari SarawakCrocs.com.
Menurut ketua jurulatih Sarawak itu, skuad Bujang Senang akan diberi 10-hari rehat selepas perlawanan menentang Kelantan kelak, dan beliau akan mengambil peluang tersebut untuk menjalani pembedahan lutut yang sudah lama beliau tangguhkan.
Tambah jurulatih dari Belanda itu, semasa beliau tiada, latihan rutin pasukan akan dikendalikan oleh penolong beliau.
Liga Malaysia akan mengambil rehat selamat 7 minggu selepas perlawnan hujung minggu ini, dengan perlawanan seterusnya pasukan Sarawak dijadualkan pada 20 Jun, yakni pada bulan Ramadan.
Sebelum ini, wujud khabar di media sosial yang mengatakan bahawa perlawanan menentang Kelantan merupakan tugas terakhir Robert kerana beliau akan direhatkan selepas perlawanan tersebut.
Dengan penafian tersebut, maka sahlah bahawa Sarawak tidak akan menukar jurulatih buat masa ini.