Kemenangan menentang Negeri Sembilan bakal sahkan kejuaraan Sarawak United

Perlawanan kedua akhir pasukan Sarawak United, yakni menentang Negeri Sembilan kelak, bakal mengesahkan kejuaraan Liga Premier pertama Sarawak United.

Jika berjaya mengalahkan Negeri Sembilan pada Jumaat ini, pasukan bimbingan E. Elevarasan itu akan mengumpul 40 mata, cukup untuk memusnahkan hasrat Negeri Sembila untuk merampas kedudukan pertama Liga Premier daripadannya.

Ini adalah kerana Negeri Sembilan hanya akan berupaya mengumpul 38 mata sekiranya menang perlawanan terakhir mereka menentang PDRM pada 21 September 2021 kelak, sekiranya mereka tewas kepada Sarawak United.

Dalam pada itu, keputusan seri akan menyaksikan kejuaraan liga ditentukan pada perlawanan terakhir Liga Premier, dan keputusan memihak Negeri Sembilan pada perlawanan Jumaat ini akan menyaksikan Sarawak United kehilangan tahta liga dan juga perlu menang perlawanan terakhir sekiranya mahu menjuarai liga.

Oleh itu, perlawanan Sarawak United menentang Negeri Sembilan pada Jumaat ini adalah perlawanan tumpuan peminat bola sepak Malaysia kerana ianya boleh menentukan kejuaraan liga bagi musim ini.

Yang pasti, Sarawak United akan berusaha mengutip mata penuh agar mereka tidak perlu risau akan kekangan dari JDT II pada perlawanan terakhir mereka, manakala Negeri Sembilan akan mahu memastikan mereka masih berpeluang memintas Sarawak United di saat – saat getir Liga Premier.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top