Kemenangan adalah pembakar semangat pasukan!

Ketua jurulatih pasukan Sarawak United A (SUA), E. Elavarasan telah menggambarkan kemenangan ke atas JDT FC II sebagai pembakar semangat kepada pasukan bimbingannya.

SUA yang merupakan pasukan utama Sarawak United FC berjaya menewaskan pasukan simpanan JDT FC malam tadi dengan bergaya di dalam saingan Liga Premier dengan gol 4-1.

Sungguhpun kemenangan tersebut dilihat agak penting kepada SUA bagi pemerhati bola sepak, Elavarasan jelas enggan mendabik dada dahulu dan mahu fokus kepada perlawanan akan datang.

Elavarasen yang bertemu pemberita selepas perlawanan malam tadi berkata “Kemenangan ini adalah pembakar semangat. Penting dengan kemenangan ini kita fokus pada perlawanan akan datang. Kita tidak perlu terlalu yakin dengan kemenangan ini.”

Jelas Elaverasan, pasukan SUA menunjukkan disiplin yang tinggi pada babak pertama dan berjaya menjaringkan tiga gol.

Pada babak kedua, pasukan bimbingannya mengambil langkah banyak bertahan bagi memastikan mata penuh bakal dimiliki.

Beliau dipetik berkata “Dalam babak pertama saya tengok satu permainan yang berdisiplin, yang kita dapat menjaringkan 3 gol dan dalam nanak kedua tu kita banyak bertahan untuk mendapatkan kemenangan.”

Dalam masa yang sama, jurulatih berpengalaman itu turut berjanji bahawa pasukan beliau akan berusaha lagi untuk perlawanan akan datang.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top