Muamer Salibasic belum tentu diturunkan pada perlawanan menentang Terengganu Sabtu ini.

Begitulah ujar jurulatih utama Sarawak, Robert Alberts dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh New Sarawak Tribune.

Menurut Robert, Muamer belum lagi selesai menjalani ujian kecerdasan berkaitan dengan kecederaan beliau, dan status beliau hanya akan diketahui esok (Khamis) apabila doktor pakar memeriksa pemain Bosnia tersebut.

Tambah Robert lagi, jika Muamer diberi ‘lampu hijau’ untuk beraksi, beliau berkemungkinan tidak akan bermain panjang kerana masih dianggap tidak cerdas sepenuhnya untuk beraksi.

Dalam pada itu, dua import baru Sarawak, Hassan Mohammad dan Ryan Griffith dijangka akan kembali menggalas tanggungjawab sebagai penyerang utama skuad Bujang Senang Jumaat ini di Terengganu.

Muamer hanya beraksi 10 minit musim ini selepas beliau mengalami kecederaan serius ketika perlawanan pembukaan Liga Super awal Januari lalu.