K Rajagobal menyalahkan kelekaan pemain sebagai punca kekalahan Sarawak kepada Terenganu malam tadi.
Mengakui bahawa Sarawak perlukan kemenangan untuk terus bersaing di Liga Super, Sarawak, Rajagobal nyata kecewa dengan keputusan akhir perlawanan tersebut.
Beliau walaubagaimanapun memuji persembahan anak buahnya pada babak pertama, namun akur bahawa kelekaan di separuh masa kedua menyebabkan pasukan bimbingannya dihukum teruk, sekaligus menyaksikan Sarawak gagal meraih mata malam tadi.
Dengan keputusan itu, Sarawak perlu menang ke atas Perak di dalam perlawanan seterusnya untuk memastikan mereka masih berpeluang untuk melayakkan diri ke pertandingan Piala Malaysia pada tahun ini.