Kelebihan kepada Negeri Sembilan, kedukaan kepada Kuching City

Negeri Sembilan disifatkan mempunyai peluang yang lebih baik jika dibandingkan dengan Kuching City pada perlawanan Liga Premier ke-14 Kuching City kelak.

Menurut katua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti, jadual perlawanan Kuching City memberi kelebihan kepada pasukan pelawat kerana pasukan bimbinganya kini kekurangan rehat ekoran bermain banyak perlawanan dalam masa yang singkat.

Beliau turut mengakui bahawa perlawanan menentang Negeri Sembilan adalah sukar, dan mereka (Negeri Sembilan) mempunyai kelebihan berehat lebih sehari berbanding Kuching City.

“Negeri Sembilan dapat rehat yang bagus. Lebih sehari dari kami. Saya rasa tidak ada pasukan bola sepak dalam dunia ini bermain tiga perlawanan dalam sepuluh hari.”kata Irfan.

“Tetapi sebab kami tak dapat bermain hari itu, jadi kita kena ikut jadual yang disediakan.” jelas Irfan lagi.

Kuching City kini mempunyai baki 7 perlawanan dalam tangan kerana tidak dapat bermain ekoran pandemik Covid-19 dan peraturan ketat pembendungan Covid-19 di Sarawak sebelum ini.

Ini telah memaksa pasukan The Cats memindahkan venue tempat sendirinya ke Pasir Gudang, dan perubahan penjadualan Liga PremierPerlawanan Kuching City ditangguhkan lagi pasukan tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top