Jurulatih Kelantan, George Boateng menyatakan bahawa beliau tidak berhasrat membuat sebarang rombakan kepada skuad bimbingannya apabila kedua-dua pasukan bertemu malam ini.
Menurut jurulatih dari Ghana itu, Kelantan setakat ini beraksi cemerlang sebagai pasukan, sungguhpun tewas 4-0 kepada PDRM dalam aksi terkini di Liga Super Sabtu lepas.
Dalam pada itu, George berkata beliau sudah mengkaji corak permainan Sarawak, dan yakin akan memperolehi kemenangan malam ini.
Tambah George, beliau berharap Mohd Nor Farhan Muhammad dan Emmanuel Kenmogne akan menjaringkan gol malam ini.
Sumber: Arena