Kelantan United sudah selangkah dinobatkan sebagai juara sulung Liga M3 selepas Kuching FA keciciran mata di Stadium Mindef hari ini.
Kekalahan Kuching bermakna Kelantan kini sembilan mata di hadapan Kuching dengan baki dua perlawanan, manakala Kuching pula mempunyai baki tiga perlawanan.
Sungguhpun secara matematiknya Kuching masih mampu memintas Kelantan, namun ianya bukan sahaja dilihat mustahil, tetapi keajaiban sekiranya ingin dilakukan.
Ini kerana Kuching bukan sahaja perlu Kelantan tewas baki dua perlawanan akan datang, tetapi Kuching juga perlu menjaringkan lebih 20 gol untuk memintas Kelantan.
Kelantan yang kini dalam prestasi terbaiknya dilihat tidak akan tewas kedua-dua perlawanan akan datang.
Sungguhpun tewas, Kuching dijangka tidak akan dapat menjaringkan lebih 20 gol dalam baki tiga perlawanannya.
Dalam pada itu, Kuching yang juga kini hampir pasti sah sebagai naib johan sulung Liga M3 dan perlu membuat persediaan untuk menentang ‘abangnya’ Sarawak FA di dalam perlawanan play-off Liga Premier kelak.