Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mungkin akan beraksi di Liga Premier jika gagal menyelesaikan masalah tunggakkangaji pemain sebelum 31 Mei ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Football Management Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam, cadangan tersebut akan diberikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika KAFA tetap gagal menyelesaikan isu tersebut.
Kevin dalam pada itu menyatakan bahawa FMLLP tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati terhadap KAFA memandangkan FMLLP hanya bertangungjawab menguruskan perjalanan Liga Malaysia, dengan isu-isu berkaitan gaji pemain, kontrak dan tindakan tatatertib masih diletakkan di bawah FAM.
Dalam pada itu, Kevin berkata bahwa pihaknya akan bekerjasama dengan FAM untuk mencari tindakan susulan berkenaan isu gaji yang dihadapi KAFA.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa lima bekas pemain Kelantan belum menerima tunggakan gaji mereka. Mereka dikenali sebagai Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar.