Miri bakal menjadi tumpuan pasukan-pasukan Bolasepak wanita ternama negara apabila menjadi tuan rumah bagi kejohanan bolasepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah edisi ke 30 yang bakal berlangsung April ini.
Memetik laporan Borneo Post, Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan merupakan julung kalinya diadakan di luar semenanjung Malaysia.
Kejohanan yang bakal berlangsung pada 6-18 April tersebut dijangka akan disertai lebih daripada 12 pasukan dari seluruh Malaysia.
Pasukan juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, tempat kedua akan membawa pulang RM10,000 dan tempat ketiga RM5,000.
Venue-venue yang telah dipilih ialah di Stadium Miri, padang Institut Kemahiran Belia Negara (IKBn) Miri dan padang Kelab Reakreasi Petroliam Lutong.