Kedah tolak tajaan RM30juta D’Herbs

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah membuat keputusan menolak tawaran tajaan bernilai RM30 juta oleh Syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs).

Rundingan penajaan yang memakan masa berbulan-bulan itu akhirnya tidak menjadi kenyataan selepas KFA dan D’Herbs gagal mencapai kata sepakat berkenaan apa yang akan diperolehi D’Herbs sebagai balasan penajaan mereka.

Adalah difahamkan bahawa D’Herbs telah meminta 49 perkara sebagai balasan penajaan bolasepak Kedah, dan ini termasuklah tanah, hak ke atas papan iklan di setiap daerah di Kedah, dan hak penyiaran iklan.

Dalam pada itu, KFA masih lagi terbuka untuk rundingan penajaan dengan mana-mana pihak yang berminat, namun mahukan ianya di dalam situasi ‘menang-menang’.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top