Kapit FA bakal anjur klinik bolasepak belia

Persatuan Bolasepak Kapit (Kapit FA) akan mengadakan Klinik Bolasepak Belia Kapit 2017 di Stadium Terbuka Kapit. 

Klinik bola sepak tersebut akan dianjurkan secara bersama oleh Kapit FA dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak(MSN) dan Institut Sukan Negeri Sarawak (ISN).

Menurut maklumat yang diterima SarawakCrocs, dua pegawai, Encik Lucas Kalang (dari MSN) dan Encik Mikar Changgan (dari ISN), akan mengendalikan klinik tersebut pada 13-16 Jun 2017 ini.

Kapit FA dalam pada itu menyeru belia berumur di bawah 19 tahun untuk menghadiri klinik tersebut yang mana akan dikendalikan mengikut tentatif berikut:

Presiden Kapit FA, Kennedy Kuyang ketika dihubungi menjelaskan bahawa pendaftaran bagi Klinik Bolasepak Kapit FA tersebut adalah PERCUMA, dan akan dilakukan pada jam 8 pagi pada 13 Jun. 

Beliau turut mengesahkan bahawa makan tengahari disediakan secara percuma untuk semua peserta dan berharap belia Kapit yang ingin serius di dalam arena bolasepak menghadirkan diri.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman FB rasmi Kapit FA.  – sarawakcrocs.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top