Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kelmarin telah menolak peletakan jawatan presidennya, Annuar Musa.
Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah, exco KAFA telah sebulat suara menolak peletakan jawatan Annuar atas dasar bahawa beliau adalah calon paling layak untuk menerajui KAFA.
KAFA dalam pada itu mengakui akan mengadakan pertemuan dengan Annuar Musa bagi memaklumkan beliau bahawa peletakan jawatan beliau telah ditolak.
Tambah Afandi, exco KAFA merasakan bahawa buat masa ini, khidmat Annuar masih diperlukan sekurang-kurangnya untuk terus mentadbir persatuan itu sehingga tempoh kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Kafa berakhir awal tahun 2018.
Dalam perkembangan sama, Astro Awani melaporkan bahawa Annuar Musa masih enggan menerajui KAFA dan ingin kekal meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada individu yang lebih layak.