Khabar gembira datang untuk pemain Sarawak Junior Eldstal kerana beliau dikhabarkan bakal menyarung jersi skuad Harimau Muda pimpinan Ong Kim Swee bagi Kejohanan Pesta Bola Merdeka yang bakal diadakan pada September kelak.
Menurut laporan beberapa sumber, dan juga sumber khas Sarawak Crocs, pengguguran Junior dari pasukan Harimau Muda telah ditarik balik dengan berita terkini menyebut bahawa Junior akan dipanggil untuk menyertai pertandingan tersebut.
Perkhabaran tersebut sememangnya akan membawa berita gembira kepada Junior, namun ia akan sedikit sebanyak menggugat persediaan skuad Bujang Senang yang pada masa yang sama akan bermain di dalam Piala Malaysia.
Samada berita ini sahih atau tidak nanti, sama-sama kita nantikan pengumumannya.
Gambar oleh Ahmad Aki