Jurulatih dengan rekod hebat jadi ketua jurulatih baharu Sarawak United A?

Selepas Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengesahkan bahawa Magro Olivera telah dilepaskan dari tanggungjawab beliau sebagai Ketua Jurulatih kelab bola sepak Sarawak United A (SUA), khabar kini bertiup kencang bahawa penggantinya sudahpun ditemui.

Jurulatih yang disebut adalah E. Elavarasan, yang mana merupakan mantan ketua jurulatih pasukan Melaka United.

Menurut laporan Suara Sarawak yang memetik sumber mereka, pihak SUA telahpun berurusan dengan Elavarasan.

Elavarasan hadir dengan reputasi yang cukup tinggi selepas beliau berjaya ‘menyelamatkan’ pasukan Melaka United daripada penyingkiran musim lepas namun menumumkan bahawa beliau tidak akan kekal bersama pasukan tersebut pada musim 2020.

Menurut Wikipedia, antara kejayaan Elavarasan adalah membawa pasukan Public Bank FC menjadi juara Liga FAM pada tahun 2002, dan seterusnya mengemudi pasukan tersebut naik ke Liga Premier pada tahun 2003, dan kemudiannya mendapat tempat kedua di Liga Super 2004.

Pada tahun 2008, beliau juga bertanggungjawab mengemudi pasukan Melaka FA menjadi juara Liga Premier pada tahun 2008 sekaligus menyaksikan pasukan tersebut naik ke Liga Super pada musim berikutnya.

Elavarasan juga berjaya membawa Felda United menjadi juara Liga Premier pada tahun 2010, dan seterusya membawa pasukan tersebut masuk ke suku akhir Piala Malaysia 2012.

Pada tahun 2015, Elavarasan membawa pasukan PKNS FC menjadi finalis Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top