Jurulatih dengan Lesen AFC kemudi pasukan Kapit FA

Persatuan Bolasepak Kapit (KFA) telah melantik Jerry Raymond Tani sebagai jurulatih tetap pasukan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) Kapit FA.

Tugas utama Jerry adalah untuk mengemudi pasukan senior Kapit FA, yang juga dikenali dengan nama Borneo Leopards.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi SarawakCrocs, Jerry merupakan jurulatih yang berpengalaman dan memiliki Lesen Kejurulatihan Bolasepak AFC ‘B’.

Beliau pernah menjadi Ketua Jurulatih pasukan ATM Sarawak dari 2008-2012, sebelum berkhidmat bersama pasukan muda Bujang Senang pada tahun 2013 sebagai Jurulatih Kecergasan pasukan Sarawak B21.

Jerry yang mula dilantik pada April 2016, diyakini oleh Presiden Kapit FA, Kenedy Kuyang, berupaya membantu bolasepak Kapit ke arah kegemilangan berdasarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Kapit 2016-2020.

Turut sama dilantik oleh Kapit FA adalah Nichol Agoi sebagai Penolong Ketua Jurulatih, Jurulatih Penjaga Gol,
Suliman Paulus Jujong dan Fisioterapi, Daniel Juing.

Borneo Leopards akan memulakan kempen LBR mereka minggu ini, dan telah diundi dengan Sarikei, Betong dan Sibu di dalam Zon II LBR Borneo.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top