Prestasi hambar skuad bolasepak wanita Sukan SEA 2017 ternyata mengecewakan seorang bekas jurulatih pasukan bolasepak wanita pernah pernah mengendalikan skuad bolasepak dalam kejohanan bolasepak wanita utama negara.
Jurulatih tersebut yang dihubungi pihak SarawakCrocs berkata, beliau sukar mempercayai keputusan perlawanan apabila pasukan Malaysia ditewaskan Filipina 2-1 dan dimalukan Myanmar dengan kekalahan berganda 5-0.
Katanya lagi, keputusan tersebut ternyata mempamerkan kualiti pasukan bolasepak amatur Malaysia yang masih jauh kebelakang dan tidak mampu untuk kompetitif.
Beliau turut kecewa apabila pemain terbaik perlawanan akhir Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 tidak terpilih dalam senarai akhir skuad Sukan SEA sedangkan beliau berpendapat pemain tersebut masih muda dan amat berpotensi untuk menyinar. – sarawakcrocs.com