Jurulatih kata pemain import ‘ala kadar’ punca Sarawak FA ‘struggle’

Penolong jurulatih Sarawak FA, Denny Dai’al dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai berkata bahawa prestasi buruk Sarawak FA musim ini adalah disebabkan pemain import yang ‘ala kadar’.

Menurut Denny, kombinasi pemain import kurang berkualiti dan pemain muda yang tidak berpengalaman menyaksikan Sarawak tidak mampu bersaing di dalam liga musim ini.

Denny dipetik oleh akhbar tersebut sebagai menjelaskan bahawa Sarawak seringkali menurunkan hanya dua pemian import untuk perlawanan.

Komen Denny hadir selepas Sarawak mengakhiri musim 2019 di tangga tercorot Liga Premier.

Kedudukan Sarawak di tangga terbawah Liga Premier bermaksud Sarawak secara automatik melayakkan diri ke Challenge Cup dan perlawanan penentuan di antara dua pasukan teratas Liga M3, dan dua pasukan terbawah Liga Premier.

Jika Sarawak tewas perlawanan play-off tersebut, Sarawak akan disingkirkan dari Liga Premier dan bermain di Liga M3 pada musim hadapan.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top